Keperluan Menggunakan Tenaga Secara Cekap
- Sumber bahan api semakin terhad
Bahan api fosil merupakan sisa tinggalan tumbuh-tumbuhan dan haiwan darat dan laut yang telah lama mati dan tertimbus di bawah timbunan batuan dalam kerak bumi. Ia tersimpan kira-kira 400 juta tahun dahulu dalam keadaan tekanan dan suhu yang tinggi dan akan berubah secara semula jadi lalu membentuk arang batu, petroleum dan gas asli. Bahan api fosil terdiri daripada arang batu, petroleum dan gas asli. Bahan api fosil merupakan sumber yang tidak boleh diperbaharui. Ketiga-tiga sumber ini terhad dan akan semakin berkurangan dan pupus jika digunakan dan dieksploitasi secara berterus-terusan walaupun banyak kawasan baru ditemui.
- Persaingan mendapatkan bekalan dan sumber tenaga semakin sengit
Negara-negara yang tidak mermpunyai sumber tenaga yang mencukupi akan bersaing sesama sendiri untuk mendapatkan sumber tenaga.Kita perlulah bersyukur kerana walaupun pengeluaran sumber bahan api semakin berkurang,tetapi kita tidak perlu untuk bersaing dengan negara-negara lain.
- Kos penjanaan,penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik meningkat.
Kos penjanaan,penghantaran dan pengagihan bekalan elektrik semakin meningkat seiring dengan keperluan orang ramai.Pencawang-pencawang elektrik yang bahru juga banyak dibina.
No comments:
Post a Comment