Sunday, 4 June 2017

Label Cekap Tenaga




Image result for label cekap tenaga


#Apabila anda membeli peralatan elektrik,anda boleh dengan mudahnya mengenal pasti peralatan yang cekap tenaga melalui Label Cekap Tenaga.




tiada alat yang 100% kecekapan kerana tenaga elektrik berubah kepada pelbagai bentuk tenaga

kecekapan =kuasa output    x   100%
                     kuasa input                    


Image result for label cekap tenaga

Label cekap ini dapat membantu pengguna membuat pilihan dalam membeli peralatan elektrik yang cekap tenaga. Peralatan yang dilabel 5 bintang merupakan peralatan yang tinggi kecekapannya manakala peralatan yang dilabel 1 bintang merupakan peralatan yang rendah kecekapannya.Semakin tinggi kecekapan sesuatu peralatan elektrik,semakin baik sesuatu peralatan itu.

Setakat ini label tersebut boleh didapati pada barang elektrik tertentu seperti peti sejuk, pendingin hawa, televisyen dan kipas angin. Pengiraan kecekapan penggunaan tenaga bagi peti sejuk ditentukan melalui kaedah ujian yang diiktiraf dan disokong oleh Suruhanjaya Tenaga. Proses pengujian tersebut dijalankan oleh pihak SIRIM. Sekiranya pengujian tersebut lulus, maka Suruhanjaya Tenaga akan memberi pengiktirafan label kecekapan tenaga berdasarkan taraf 1 hingga 5 bintang. Standard adalah satu panduan yang mengariskan ciri-ciri keselamatan dan kualiti bagi sesuatu barang dan perkhidmatan.

 Di Malaysia, satu jawatankuasa teknikal Performance of Household and Similar Electrical Appliances telah ditubuhkan bertujuan membangunkan standard berkaitan dengan kecekapan tenaga. Standard ini bertujuan menghasilkan barangan elektrik bagi kegunaan isi rumah yang cekap tenaga. Dokumen MS (Malaysian Standard) yang sedang dibangunkan ini akan membantu industri dan pengeluar untuk mematuhi ciri-ciri dan kriteria tertentu yang ditetapkan.



Label Cekap Tenaga Di Negara Lain



Image result for energy star usa
Australia,New Zealand dan Thailand



Label ini mempunyai persamaan dengan label cekap tenaga di Malaysia.namun, ia digunakan dengan lebih meluas di negara-negara lain. Lebih banyak bintang menunjukkan lebih cekap peralatan elektrik itu.

                                                         
         Label ini tidak menyatakan peratusan penjimatan tetapi hanya 
                                                            menunjukkan bahawa produk tersebut cekap tenaga
        Amerika Syarikat


Image result for european union energy label
Kesatuan Eropah



#labelcekaptenaga#cekaptenaga
Label ini merupakan label mandatori untuk produk elektrik.Taraf A++ adalah yang paling cekap tenaga.

No comments:

Post a Comment

Label Cekap Tenaga

#Apabila anda membeli peralatan elektrik,anda boleh dengan mudahnya mengenal pasti peralatan yang cekap tenaga melalui Label Cekap...